Ahad, 31 Julai 2011

doa seorang wanita :)

YA ALLAH..
aku menyanyangi dia, andai telah kau takdirkan dia adalah jodohku,,
kau satukanlah hati kami, seiringkanlah perjalanan kami,
tetapkanlah iman kami, dan janganlah kau sasarkan pegangan agama kami..
YA ALLAH..
andai ditakdirkan suatu hari kami akan bersama, kau jadikanlah dia seorang suami yang menyanyangi diri aku,
menjadi ayah yang terbaik buat anak2ku..
menjadi ketua keluarga yang baik dan tidak melalaikan ajaranmu dan sentiasa mendidik kami..
YA ALLAH..
aku mohon, walau beribu batu kami terpisah. mohon dikuatkan jodoh kami..
jauhkanlah permusuhan dan persengketaan antara kami.
sesungguhnya, aku menyanyanginya..

TETAPI,
YA ALLAH..
sekiranya dia bukan milikku, kau kekalkanlah perasaan sayang ini sebagai seorang sahabat..
jadikanlah aku seorang sahabat yang akan sentiasa berada dekat dengannya ketika dia memerlukan seseorang..
YA ALLAH..
kau hadirkanlah seorang wanita yang selayaknya untuk dia..
kerana aku tahu, tidak semua manusia ini sempurna.
aku akan selalu mendoakan yang terbaik untuk dia..

AMINN YA RABB ALAMIN..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan